Friday, 25 January 2019

MEMORIES : JPKK POLISAS (Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman)

Okay lets begin, as i promise before nak buat entry pasal most memorial things i've done in Polisas, first of all lets talk abt JPKK or shortform for Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman.

Meh nak cerita sikit pasal kamsis dekat Polisas, my senior dulu pernah bagitahu actually maksud 'Kamsis' is stand of 'Perkampungan Siswa Siswi". Taktahu betul ke tak tu maksud betul tapi lebih kurang en so terima jelah huhu.

Dekat Polisas kita ada 3 kamsis or sekarang kita panggil Kolej Kediaman.  Yang pertama sekali ialah kolej tertua and also my favourite because my recent and the best memories start here iaitu Kamsis A (Kolej Kediaman Al-Ghazali).  AG boleh menempatkan penghuni 860 orang full dalam satu-satu masa.  Buat masa ini AG ialah penempatan bagi pelajar senior siswi dari sem 2 hingga sem 5.  Dulu bertahun-tahun sebelum aku masuk sini, AG pernah diduduki oleh pelajar siswa juga, tapi sekarang kesemuanya sekali merupakan siswi senior.  AG terdapat 9 blok (A-I) dan terletak di atas bukit bila masuk je poli ada roundboard tu amik kanan terus naik atas, dekat situ AG.  Aku paling suka la duduk AG ni sebabb dekat nak turun pergi ATM or nak keluar tggu Grab hehe.

Then, the next kamsis is Kamsis B (Kolej Kediaman Al-Biruni).  AB merupakan penempatan kepada pelajar lelaki tak kira senior or junior. AB mempunyai 10 blok (A-J).  Tetapi kalau sesi Jun selalunya AB akan full dengan junior sem 1 so senior yang selalu dapat duduk kamsis time ni yang berjawatan macam JPKK, Rapi dengan MPP je.  Kamsis AB ni kamsis paling jauh sekali sebab dia duduk hujung jalan dalam Polisas ni.  AB ni dekat dengan Masjid SABAR, so lelaki yang nak solat Jumaat sangat teramatlah mudah untuk pergi.

Last sekali is Kamsis C (Kolej Kediaman Ibnu Sina).  IS ialah kolej kediaman yang akan menempatkan kesemua Pelajar Junior siswi sem 1.  So semua pelajar baru akan terus ditempatkan di sini. IS ada 2 blok sahaja iaitu CA dan CB tapi besar, dia ada 4 paras setiap blok, setiap paras boleh memuatkan lebih kurang 100 penghuni dalam satu-satu masa. Kamsis ni pun terletak atas bukit tapi bawah kamsis AG and dekat dengan Surau FAZ. Dekat IS ni ada Dobi untuk kegunaan pelajar, so senang la kalau nak basuh baju and keringkan terus.

Overall ketiga-tiga kamsis dekat Polisas boleh memuatkan sekitar 2000 lebih jumlah penghuni dalam satu-satu semester pengajian.  Untuk tinggal di Kolej Kediaman bagi junior, mereka yang diluar kawasan Kuantan atau memang jauh dari Polisas akan ditawarkan kamsis lepas buat bayaran dan pendaftaran yang mula-mula RM860 tu.  Selalunya dia akan bagi terus nombor bilik contohnya macam kalau SISWA akan duduk AB no bilik macam BC004, means dia dapat Kamsis AB, Blok C, Bilik 004.  Untuk AB korang akan duduk satu bilik 2 orang.  Kalau bagi junior SISWI pulak korang akan dapat IS no bilik dia macam CA203, means korang dapat Kamsis IS, Blok CA and bilik paras 2 no 203. Untuk IS korang akan duduk satu bilik 4 orang.

Kalau korang dah senior then nak duduk kamsis, kena buat permohonan kamsis bagi setiap hujung semester.  Ketua Felo akan bagitahu or maklumkan korang bila dah buka permohonan kamsis nanti.  For senior siswi, korang tak perlu risau sangat sebab kamsis AG ada 800 tempat untuk ditawarkan bagi korang duduk.  Untuk siswa mungkin bermasalah sebab Junior dan perwakilan pelajar akan lebih diutamakan untuk duduk kamsis.

Okay disebabkan Polisas mempunyai 3 kolej kediaman yang berbeza, jadi dekat sini kita mempunyai 3 tampuk pemerintahan (eceh macam sejarah dah) yang berbeza.  Setiap kolej mempunyai JPKK sendiri dan mempunyai 3 President/Pengerusi Kolej Kediaman berasingan.  Setiap Kolej Kediaman Polisas diselia oleh seorang Ketua Felo, seterusnya di bantu oleh Penolong Ketua Felo bagi setiap Kolej Kediaman.  Setiap Kolej Kediaman mempunyai lebih kurang 12 orang Felo dan 36 orang JPKK.  Jadi JPKK dekat Polisas ada lebih kurang 110 orang pada satu-satu sem.  Jadi seorang JPKK, bilik untuk kita dah siap di reserve and of course la memang dapat kamsis sebab ye laa kan takkan nak jaga kamsis dari luar pagar.  Untuk jadi JPKK, satu temuduga akan dibuat di setiap hujung semester bagi yang berminat.

Setiap semester, kolej kediaman akan mengadakan 3 program wajib mengikut Takwim Kolej Kediaman.  Untuk korang yang berhasrat nak duduk kamsis sem seterusnya memang wajib kena ikut program, setiap kehadiran dan merit akan dikira untuk melayakkan korang duduk kamsis. Kalau korang jenis bermasalah lepastu tak nak ikut program, bolehlah survey rumah sewa siap-siap.  Tapi bagi JPKK pula, kitorang akan ada lebih kurang 5 program bagi setiap sem, Program setiap kamsis ada 3, then program gabungan ada 2. Program gabungan pertama antara semua kamsis ialah Kem Kerohanian dan program kedua ialah Dinner JPKK di hujung semester.  Kadang-kadang akan bertambah jugak program macam program MPP ke Rapi ke buat so dalam satu sem ada dalam 6/7 program kena join or buat huhu.

Jadi JPKK ni kalau orang tanya penat ke tak hahaha jangan cakap la dia punya penat, komitmen and macam-macam lagi.  Tapi bagi aku, ini adalah benda paling best yang aku pernah buat dalam life aku setakat ni, dekat sini aku belajar banyak benda banyak pengalaman tambah masa jadi Pres AG masa sesi Dis 17, memacam karenah kena handle tapi itulah sesuatu yang mematangkan.  Ukhwah yang aku dapat dengan diorang semua sebagai satu keluarga ialah benda yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Huhu.

Okay, sampai sini saja aku punya cerita harini. Dah pukul 11.54 en aku nak balik rumah huhu.

Bye-Bye.


Teluk Cempedak


PIC INSPIRE 2018


PESERTA INSPIRE 2018 (Perhimpunan JPKK Politeknik Kebangsaan)
- Time ni best gila sebab semua JPKK poli dekat Malaysia datang sebab POLISAS Tuan Rumah enn.


Dinner JPKK Jun 2018


With my felo kesayangan


PIC Kem Al-Buruj (Kem kerohanian bagi sesi Jun 2018)


Majlis Tertinggi Kolej Kediaman Al-Ghazali Sesi Jun 2018


JPKK Al-Ghazali masa program first kitorang sesi Jun 18 Fifa Go Al-Ghazali


Wednesday, 23 January 2019

MEMORIES : DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN (Almost done my Dip yeay)

Okay ni firstime actually tulis blog hehe, tu pun sebab rindu poli.

12 Jun 2016, bermulanya kehidupan sebagai seorang student POLISAS (Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan).  At first Mama tak bagi pergi sebab yela kan jauh sangat dari rumah, imagine Taiping Perak nak pergi Kuantan, dia punya tiket bas kalau naik Starmart RM42.00 satu hala. Huhuhu. But akhirnya dah nak selesai dah pun Diploma dekat sini.

Yes. Diploma Sains Kesetiausahaan di bawah Jabatan Perdagangan. Mula-mula dapat macam eh diploma mende ni tak pernah dengar pun lol tapi takpelaa sebab aku memang tak nak masuk form 6 so tibai jelaa masuk poli.

Tak dinafikan macam memula tengok member semua dapat U macam sedih pun ada yela kan, orang selalu rendahkan poli apa semua. Tapi yang pastinya keputusan aku untuk masuk poli and ambil course ni adalah keputusan PALING TERBAIK aku pernah buat dalam kehidupan aku.  Yes pengalaman sangat mematangkan.  Even sampai sekarang sorry to say aku tak pernah boleh move on dengan poli kesayangan gue. Alaaa rindu nak balik Kuantan. Rindu my fellas JPKK, my junior, my classmates, rindu semua benda dekat poli. Hmm.

Okay, back to the tajuk hehehe Diploma Sains Kesetiausahaan. For me this diploma actually antara yang paling ringan and yang paling susah, bak kata orang dia So-So punya dip. Even this course paling banyak paper untuk Final Exam pun just 3 paper je okay.  Tapi ape je yang senang kan kalau tak study so kalau setakat masuk nak enjoy, baik takyah belajar yedok huhu. The main things is, diploma ni ajar kita segala aspect pengurusan untuk jadi seorang Setiausaha or PA yang hebat gitu. For your information, kita ada 6 semester (incase kalau carry lain cerita la). Lima sem belajar dekat Poli, satu sem LI (Latihan Industri) or orang panggil Practical la senang. Huhu

Senang cerita en, course ni untuk orang yang suka kerja dalam office, suka pakai cantik-cantik baju korporat, make-up and so on, even class pun semua dalam aircond hehe.  Masa first semester, dia punya subject actually tak ada susah, but aku macam shock kejap sebab di perkenalkan dengan SHORTHAND. Yes, orang panggil tu tulisan cacing gitu. bagi aku susah la tapi ramai je member yang dapat score, dapat A pun ada. Macam mula-mula tu pergh pebenda aku belajar ni siak, nampak macam jawi tapi bukan. Disebabkan tuntutan course, so hadap jela.

Time ni subject second yang scary is Keyboarding sebab ada Miss Linda, shes so fcking strict okay, masuk class dia kena pin tudung kemas, lipstick kena pakai, kasut untuk budak DSK ni sekurangnya satu inci tapak dah nama pun SU kan. Huhu. But sebab dia laa aku boleh buat Home Key gitu and dapat A sub tu. Thankyou So much Miss. Btw dia dah pindah Poli Mukah sem lepas.

Masuk sem 2 jumpa pulak dengan TRENGKAS, dia tulisan cacing cuma dalam Malays and yes Encik Matzlan yang ajar. Memang scary sebab orang cakap dia garang gitu.  Tapi actually yang garang-garang ni la nak buat kita berguna sikit, kalau yang lembut-lembut ni student sokmo buat memain haih.

Sem-sem lain for me macam biasa aje, tak ingat sem yg mana satu aku kena masuk class makeup lepastu lect tu ada mcm ajar cara duduk, cara masuk kereta, attire pemakaian ape semua, and cara makan beradap gitu.  Sub PERSONALITY DEVELOPEMENT.

Banyak haa yang aku belajar dalam 5 sem dengan course ni, paling tak boleh lupa and paling sayang is of course Puan Salimah, subject EVENT MANAGEMENT. For me this subs paling best sebab aku suka gila handle event. Kiranya boleh cakap laa event ni macam makan aku sebab selalu buat event JPKK.

Now dah habis semua tu, sekarang aku balik Practical dekat dengan rumah.  But still rindu POLISAS, semua kenangan, semua memori. Tak sabar nak balik sana present nanti. Okay sampai sini saja yaa cerita aku. Next story aku nak cerita pasal JPKK, the most memorial things that i've done there.

Bye-Bye.


View dari Jabatan Perdagangan


My lovely classmate DSK5A with Pengarah and Pentadbiran Tertinggi POLISAS after event kitorang, AKJ JP DIS 17