Meh nak cerita sikit pasal kamsis dekat Polisas, my senior dulu pernah bagitahu actually maksud 'Kamsis' is stand of 'Perkampungan Siswa Siswi". Taktahu betul ke tak tu maksud betul tapi lebih kurang en so terima jelah huhu.
Dekat Polisas kita ada 3 kamsis or sekarang kita panggil Kolej Kediaman. Yang pertama sekali ialah kolej tertua and also my favourite because my recent and the best memories start here iaitu Kamsis A (Kolej Kediaman Al-Ghazali). AG boleh menempatkan penghuni 860 orang full dalam satu-satu masa. Buat masa ini AG ialah penempatan bagi pelajar senior siswi dari sem 2 hingga sem 5. Dulu bertahun-tahun sebelum aku masuk sini, AG pernah diduduki oleh pelajar siswa juga, tapi sekarang kesemuanya sekali merupakan siswi senior. AG terdapat 9 blok (A-I) dan terletak di atas bukit bila masuk je poli ada roundboard tu amik kanan terus naik atas, dekat situ AG. Aku paling suka la duduk AG ni sebabb dekat nak turun pergi ATM or nak keluar tggu Grab hehe.
Then, the next kamsis is Kamsis B (Kolej Kediaman Al-Biruni). AB merupakan penempatan kepada pelajar lelaki tak kira senior or junior. AB mempunyai 10 blok (A-J). Tetapi kalau sesi Jun selalunya AB akan full dengan junior sem 1 so senior yang selalu dapat duduk kamsis time ni yang berjawatan macam JPKK, Rapi dengan MPP je. Kamsis AB ni kamsis paling jauh sekali sebab dia duduk hujung jalan dalam Polisas ni. AB ni dekat dengan Masjid SABAR, so lelaki yang nak solat Jumaat sangat teramatlah mudah untuk pergi.
Last sekali is Kamsis C (Kolej Kediaman Ibnu Sina). IS ialah kolej kediaman yang akan menempatkan kesemua Pelajar Junior siswi sem 1. So semua pelajar baru akan terus ditempatkan di sini. IS ada 2 blok sahaja iaitu CA dan CB tapi besar, dia ada 4 paras setiap blok, setiap paras boleh memuatkan lebih kurang 100 penghuni dalam satu-satu masa. Kamsis ni pun terletak atas bukit tapi bawah kamsis AG and dekat dengan Surau FAZ. Dekat IS ni ada Dobi untuk kegunaan pelajar, so senang la kalau nak basuh baju and keringkan terus.
Overall ketiga-tiga kamsis dekat Polisas boleh memuatkan sekitar 2000 lebih jumlah penghuni dalam satu-satu semester pengajian. Untuk tinggal di Kolej Kediaman bagi junior, mereka yang diluar kawasan Kuantan atau memang jauh dari Polisas akan ditawarkan kamsis lepas buat bayaran dan pendaftaran yang mula-mula RM860 tu. Selalunya dia akan bagi terus nombor bilik contohnya macam kalau SISWA akan duduk AB no bilik macam BC004, means dia dapat Kamsis AB, Blok C, Bilik 004. Untuk AB korang akan duduk satu bilik 2 orang. Kalau bagi junior SISWI pulak korang akan dapat IS no bilik dia macam CA203, means korang dapat Kamsis IS, Blok CA and bilik paras 2 no 203. Untuk IS korang akan duduk satu bilik 4 orang.
Kalau korang dah senior then nak duduk kamsis, kena buat permohonan kamsis bagi setiap hujung semester. Ketua Felo akan bagitahu or maklumkan korang bila dah buka permohonan kamsis nanti. For senior siswi, korang tak perlu risau sangat sebab kamsis AG ada 800 tempat untuk ditawarkan bagi korang duduk. Untuk siswa mungkin bermasalah sebab Junior dan perwakilan pelajar akan lebih diutamakan untuk duduk kamsis.
Okay disebabkan Polisas mempunyai 3 kolej kediaman yang berbeza, jadi dekat sini kita mempunyai 3 tampuk pemerintahan (eceh macam sejarah dah) yang berbeza. Setiap kolej mempunyai JPKK sendiri dan mempunyai 3 President/Pengerusi Kolej Kediaman berasingan. Setiap Kolej Kediaman Polisas diselia oleh seorang Ketua Felo, seterusnya di bantu oleh Penolong Ketua Felo bagi setiap Kolej Kediaman. Setiap Kolej Kediaman mempunyai lebih kurang 12 orang Felo dan 36 orang JPKK. Jadi JPKK dekat Polisas ada lebih kurang 110 orang pada satu-satu sem. Jadi seorang JPKK, bilik untuk kita dah siap di reserve and of course la memang dapat kamsis sebab ye laa kan takkan nak jaga kamsis dari luar pagar. Untuk jadi JPKK, satu temuduga akan dibuat di setiap hujung semester bagi yang berminat.
Setiap semester, kolej kediaman akan mengadakan 3 program wajib mengikut Takwim Kolej Kediaman. Untuk korang yang berhasrat nak duduk kamsis sem seterusnya memang wajib kena ikut program, setiap kehadiran dan merit akan dikira untuk melayakkan korang duduk kamsis. Kalau korang jenis bermasalah lepastu tak nak ikut program, bolehlah survey rumah sewa siap-siap. Tapi bagi JPKK pula, kitorang akan ada lebih kurang 5 program bagi setiap sem, Program setiap kamsis ada 3, then program gabungan ada 2. Program gabungan pertama antara semua kamsis ialah Kem Kerohanian dan program kedua ialah Dinner JPKK di hujung semester. Kadang-kadang akan bertambah jugak program macam program MPP ke Rapi ke buat so dalam satu sem ada dalam 6/7 program kena join or buat huhu.
Jadi JPKK ni kalau orang tanya penat ke tak hahaha jangan cakap la dia punya penat, komitmen and macam-macam lagi. Tapi bagi aku, ini adalah benda paling best yang aku pernah buat dalam life aku setakat ni, dekat sini aku belajar banyak benda banyak pengalaman tambah masa jadi Pres AG masa sesi Dis 17, memacam karenah kena handle tapi itulah sesuatu yang mematangkan. Ukhwah yang aku dapat dengan diorang semua sebagai satu keluarga ialah benda yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Huhu.
Okay, sampai sini saja aku punya cerita harini. Dah pukul 11.54 en aku nak balik rumah huhu.
Bye-Bye.
Teluk Cempedak
PIC INSPIRE 2018
PESERTA INSPIRE 2018 (Perhimpunan JPKK Politeknik Kebangsaan)
- Time ni best gila sebab semua JPKK poli dekat Malaysia datang sebab POLISAS Tuan Rumah enn.
Dinner JPKK Jun 2018
With my felo kesayangan
PIC Kem Al-Buruj (Kem kerohanian bagi sesi Jun 2018)
Majlis Tertinggi Kolej Kediaman Al-Ghazali Sesi Jun 2018
JPKK Al-Ghazali masa program first kitorang sesi Jun 18 Fifa Go Al-Ghazali